Jejak Cheng Ho (5H4M)
Dipimpin oleh pembimbing yang mengkaji tentang sejarah Laksamana Cheng Ho menelusuri kampung kelahirannya dan tempat ia dibesarkan. Berpeluang juga bertemu dengan generasi keluarganya yang masih menetap di Yunnan selain melihat keunikan budaya kaum Muslim Hui di bandar-bandar terpilih.
Jejak-jejak Dinasti (8H4M)
Dipimpin oleh pembimbing yang mengkaji sejarah China menjejaki tapak tinggalan sejarah dari pelbagai dinasti sekaligus meneliti kebudayaan tempatan pelbagai etnik. Melawat bandar lama berusia lebih 1,000 tahun yang diiktiraf UNESCO. Berpeluang mencuba teknik tie-dye etnik Naxi dan persembahan kebudayaan mereka. Juga menikmati budaya penyediaan air teh.